Saturday, May 12, 2012

Kartun Politik: Raja Itu Rakyat, Rakyat Itu Raja (1948)


Klik pada imej untuk besarkan.

Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari akhbar Majlis bertarikh 9 Feb 1948. Kartun ini diiringi dengan teks berikut:

Ingat, jangan lupa! Kesimpulan dasar UMNO

RAJA ITU RAKYAT
RAKYAT ITU RAJA

Cogankata ini mula digunakan semasa perjuangan rakyat menentang Malayan Union yang menyaksikan Raja² Melayu membelakangi kedaulatan rakyat dengan menandatangai perjanjian MacMichael, menyerahkan kuasa pemerintahan negeri masing² kepada kerajaan kolonial British. Selepas UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946, mereka menggunakan cogankata yang sama dalam perjuangan mereka untuk mendapat sokongan rakyat dan memulihkan kedudukan Raja² Melayu