Tuesday, April 3, 2012

UTUSAN JAWI MENGANGKAT MARTABAT TULISAN JAWI TULISAN ASAL BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU bahasa yang teristimewa di dunia.Satu-satu bahasa yang memiliki dua tulisan yang sama kuat. JAWI daripada huruf Arab yang berasal dari timur dan RUMI daripada huruf Latin yang berasal dari Barat .Mana ada bahasa yang sebegitu unik di dunia pada hari ini.Bahasa tersebut paling istimewa.Namun ia tidak disedari kekuatannya oleh bangsa Melayu.

Bagaimana ini boleh terjadi. Semenjak awal tahun 1960an tulisan jawi telah dikeluarkan daripada kurikulum sekolah semasa Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran. Soalnya kenapa umat Melayu masa itu tidak bangkit sebagaimana penentangan mereka terhadap PPSMI.

Ini menjadikan tulisan itu mulai kehilangan pembacanya secara beransur-ansur. Dalam jangka masa 30 tahun generasi pembaca jawi semakin pupus. Menjelang 1990an akhbar JAWI tidak lagi berdaya untuk bertahan.Ia menjadi tulisan golongan tua yang semakin pupus.

Surat khabar harian tulisan jawi pun ditutup apabila para pembelinya merosot.Inilah tragedi yang menimpa BM yang memiliki kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri. Sayang akhbar kebanggaan bangsa Melayu Utusan Melayu dan Utusan Zaman kini telah terkubur.Meski pun ada usaha untuk memulihkannya ia sekadar melepaskan batuk ditangga.

Blog akan berusaha sekadar mampu menghidupkan akhbar maya menggunakan tulisan Jawi dan Rumi untuk menimbulkan kesedaran betapa unik dan istimewanya BAHASA MELAYU.Sekali lagi kami ungkapkan SATU-SATU BAHASA DI DUNIA YANG MEMILIKI DUA TULISAN YANG SAMA KUAT DARI TIMUR DAN BARAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BAHASA JIWA BANGSA

BAHASA WARISAN DUNIA

No comments:

Post a Comment